Followers

Saturday, 1 June 2024

Doa Pendek Yang Mustajab, Merangkumi 10 Perkara Penting. Subhanallah!

 Terdapat pelbagai jenis doa mustajab yang sering dijadikan amalan oleh umat Islam. Doa mustajab sentiasa dilafazkan dan dizikirkan untuk memohon sesuatu dari Allah SWT. Sebagaimana, doa pendek yang dikongsikan oleh Ustaz Khairul Anuar Basri ini.

Biarpun ia pendek namun terkandung 10 perkara penting yang sentiasa diminta oleh umat Islam. Antaranya, memohon dijauhkan dari azab api nerakakemaafan ketika amalan dihitung, taubat sebelum meninggal dunia dan sebagainya. Subhanallah!

Mari jadikan ia sebagai amalan doa harian.


Doa ini pendek tapi merangkumi 10 perkara yang sangat pentingSangat mudah untuk dihafal dan diamalkan setiap kali selesai solat.

Saya tulis juga dalam tulisan rumi bagi membantu yang tidak berapa cekap membaca tulisan Arab. InsyaAllah, mustajab doanya dan dikurniakan apa yang kita minta.

DOA MUSTAJAB PENDEK TERKANDUNG 10 PERKARA PENTING, MARI AMALKAN!

اَللهُمَّ اِنَّا نَسْأَلُكَ سَلاَمَةً فِى الدِّيْنِ
Allāhumma innā nas aluka salāmatan fiddīn.

Ya Allah, kami mohon keselamatan bagi agama kami.

وَعَافِيَةً فِى الْجَسَدِ
Wa ‘āfiyatan fil jasad.

Tubuh badan yang sihat.

وَزِيَادَةً فِى الْعِلْمِ
Wa ziyādatan fil ‘ilm

Ilmu yang sentiasa bertambah.

وَبَرَكَةً فِى الرِّزْقِ
Wa barakatan fir rizq.

Rezeki yang berkat.

وَتَوْبَةً قَبْلَ الْمَوْتِ
Wa taubatan qablal maut.

Taubat sebelum meninggal dunia.

وَرَحْمَةً عِنْدَ الْمَوْتِ
Wa rahmatan ‘indal maut.

Rahmat ketika meninggal dunia.

وَمَغْفِرَةً بَعْدَ الْمَوْتِ
Wa maghfiratan ba’dal maut.

Keampunan selepas meninggal dunia.

اَللهُمَّ هَوِّنْ عَلَيْنَا فِى سَكَرَاتِ الْمَوْتِ
Allāhumma hawwin ‘alainā fī sakarātil maut.

Ya Allah, mudahkanlah proses kematian kami.

وَالنَّجَاةَ مِنَ النَّارِ
Wannajāta minannār

Keselamatan dari api neraka.

وَالْعَفْوَ عِنْدَ الْحِسَابِ
Wal ‘afwa ‘indal hisāb

Kemaafan ketika amalan dihitung.

SENTIASALAH MENGINGATI ALLAH SWT KETIKA SENANG MAHUPUN SUSAH

Semoga Allah jadikan kita semua sentiasa ingat dan kembali kepada-Nya tidak kira di waktu senang atau pun susah.

Siapa yang ingat Allah ketika senang, Allah akan ingat dia ketika susah. Siapa yang datang kepada Allah dengan berjalan, Allah akan datang kepadanya dengan berlari.

Mohonlah kepada Allah dengan keyakinan bahawa Allah akan memakbulkan doa kita. Mintalah apa saja, kerana Allah itu maha mendengar.

No comments:

Post a Comment

Ini 10 Kunci Rahsia Untuk Berjaya, Cuba Buat Mulai Hari Ini – Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah

  Terdapat banyak  tips  orang berjaya yang mudah diperolehi, digunakan sebagai panduan hidup sama ada ia diterbitkan melalui buku atau perk...