Terdapat banyak tips orang berjaya yang mudah diperolehi, digunakan sebagai panduan hidup sama ada ia diterbitkan melalui buku atau perkongsian hantaran yang dibuat dalam talian.
Sama seperti 10 rahsia orang berjaya yang dikongsikan oleh Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah di laman Facebooknya. Melalui hantaran tersebut, beliau menasihati seseorang itu perlu jalani kehidupan secara produktif untuk perolehi kejayaan seperti 10 tips di bawah. Jom baca dan amalkan!
KEKAL PRODUKTIF SEPANJANG HARI, RAHSIA ORANG BERJAYA!
Anak cucu dan sahabat Tok Abah,
Kekal produktif walaupun saat ini macam-macam yang datang dalam hidupmu. Keadaan buat kamu terkejar-kejar serta tak cukup nafas nak selesaikan semua tugasan.
Ambil langkah di bawah ini dan bertenang urus satu persatu. Selamat maju jaya semua. Kekal produktif dan luar biasa.
TIPS ORANG BERJAYA LAKUKAN 10 RAHSIA INI!
Kekal produktif sepanjang hari, ini 10 rahsia orang berjaya:
1. TIGA TUGAS PENTING SETIAP HARI
Apa pun yang berlaku, pastikan siap 3 tugas yang paling utama.
2. CARI MASA PALING PRODUKTIF
Renung balik apa yang kamu buat seharian. Pilih waktu di mana tiada gangguan dan kamu boleh fokus 100%. Biasanya jam 4-6 pagi.
3. KATAKAN TIDAK
Berani untuk menolak perkara yang mungkin menganggu gugat dirimu.
4. PERATURAN 2 MINIT
Jika kerja tu ambil masa 2 minit sahaja, selesaikan cepat.
5. TIME BLOCK
Kalau perkara itu tiada dalam kalendar kamu, ia takkan berlaku.
6. AMBIL MASA REHAT
Kadangkala benda yang paling produktif untuk kamu adalah duduk diam dan berehat. Ambil masa bertenang, regangkan otot dan lihat alam sekitar.
7. KURANGKAN GANGGUAN
Tutup handphone atau tukar ke mode senyap. Fokus dan duduk di tempat yang senyap seperti di perpustakaan.
8. PECAHKAN IA
Tukarkan tugas besar kepada kecil supaya ia boleh dikawal dan diuruskan.
9. BERI KEUTAMAAN
Mulakan kerja yang paling utama terlebih dahulu.
10. TIDUR
Kamu tidak akan bekerja dengan baik sekiranya tidak tidur dengan baik. Kaji kualiti tidur kamu ya. Sama ada kamu dapat deep sleep atau tidak.
No comments:
Post a Comment