Nak bercuti ke Ipoh kena rajin cari tempat-tempat yang best.
1. Nasi Kandar Majeedia
Kalau datang Ipoh tapi tak rasa Nasi Kandar Majeedia memang rugi! Nasi kandar legend ini menjadi kegemaran orang ramai tanpa mengira kaum.
Alamat: 58, Jalan Bendahara, 31650 Ipoh, Perak
Waktu operasi: Setiap hari (7am-7pm)
2. Pasar Loken
Pasar Loken atau juga dikenali sebagai Pasar Karat merupakan tempat di mana menjual barangan antik dengan harga berpatutan.
Alamat: Jalan Horley, Kampung Jawa, 30300 Ipoh, Perak
Waktu operas: Setiap hari Ahad sahaja (7am-12pm)
3. Tasik Cermin
Jika ingin menikmati keindahan alam semula jadi, ini adalah destinasi patut dituju.
Alamat: Tasik Cermin, 31350 Ipoh, Perak
Waktu operasi: Dibuka setiap hari jam 9am-6pm
4. Taman Rekreasi Gunung Lang
Selain Tasik Cermin, anda juga boleh berkunjung ke Taman Rekreasi Gunung Lang. Di sini, pelbagai aktiviti boleh dilakukan bersama insan tersayang.
Alamat: Jalan Damai, 30100 Ipoh, Perak
Waktu operasi: Dibuka setiap hari jam 8.30am-6pm (Jumaat, 8.30am-11am & 3pm-6pm)
5. Yasmin at Kong Heng
Muzium Yasmin Kong Heng terletak di BookXcess Kong Heng Ipoh. Muzium khas ini diabadikan untuk Yasmin Ahmad yang merupakan seorang pengarah filem terkenal di Malaysia.
Alamat: 91, Jln Sultan Yussof, 30000 Ipoh, Perak
Waktu operasi: Dibuka setiap hari jam 10am-5pm
6. Kinta Riverfront Riverwalk
Kinta Riverfront Riverwalk merupakan destinasi yang sentiasa dibuka kepada orang awam. Pemandangan pada waktu malam lebih memukau.
7. Gua Tempurung
Gua Tempurung merupakan tempat melakukan aktiviti lasak dan perlu membeli tiket masuk.
Harga tiket
- GF (tour kering) RM8 (dewasa) RM4 (kanak-kanak)
- TOW (tour kering) RM12 (dewasa) RM8 (kanak-kanak)
- TWR (tour basah) RM15 (dewasa) RM7.50 (kanak-kanak)
- GT (tour basah) RM30 (dewasa) RM15 (kanak-kanak)
8. Gerbang Malam, Ipoh
Gerbang Malam Ipoh merupakan destinasi anda patut kunjungi kerana pelbagai barangan ada dijual di sini.
Alamat: Jalan Dato Tahwil Azar, Taman Jubilee, 30300 Ipoh, Perak
Waktu operasi: Dibuka setiap hari jam 6pm-12am
9. Nasi Goreng Udang & Sotong Banjir
Anda gemar nasi goreng udang dan sotong? Jangan lupa singgah kedai viral ini!
Alamat: SSI Corner, No. 24, Medan Selera, Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, 30000 Ipoh, Perak
Waktu operasi: Dibuka setiap hari jam 4pm-12am
No comments:
Post a Comment