Followers

Saturday, 15 June 2024

Tips Pilih Buah Epal Manis & Rangup, Confirm Tak Kecewa!


buah epal

“Kenapa buah epal ni masam! Harga dah lah mahal..”

Situasi di atas pasti selalu terjadi dan anda sudah tentunya kecewa jika membeli buah epal dengan harga mahal tetapi rasa tidak setanding harga.

Bagi mengelakkan perkara ini berlaku berulang kali, anda boleh cuba tips pilih buah epal yang manis dan rangup seperti penulis kongsikan di bawah. Pasti tidak kecewa!

BUAH EPAL MANIS DAN RANGUP, INI CARA PILIH

BUAH EPAL

1. Kulit

Buah epal manis dan rangup boleh didapati dengan cara memilih kulit yang mempunai lajur. Elakkan pilih kulit epal yang hanya berbintik sahaja kerana biasanya memiliki rasa masam.

2. Bau

Buah epal yang manis sudah tentunya memiliki bau manis dan boleh dicium apabila dihidu.

3. Warna kulit

Selain itu, anda juga boleh memilih buah epal menerusi warna kulit. Pilih yang merah sekata kerana itu menunjukkan buah epal sudah masak dan rasanya juga manis.

Sekiranya anda memilih kulit berwarna kekuningan dan hijau, buah pasti sedikit masam.

4. Bunyi 

Selanjutnya, anda juga boleh mendengar bunyi epal melalui ketukan yang dilakukan. Cuba ketuk secara ‘manja’, jika bunyi nyaring, buah tersebut sudah masak dan rangup.

CARA CUCI EPAL SEBELUM MAKAN

Bagi memastikan epal kekal bersih dan selamat dimakan, anda perlu mencuci epal dengan cara di bawah:

– Rendam epal dengan air garam selama 15 minit.

– Bilas sehingga bersih. Lap kering dan potong.

Sedia untuk dimakan.

Selamat mencuba dan semoga bermanfaat!

No comments:

Post a Comment

Ini 10 Kunci Rahsia Untuk Berjaya, Cuba Buat Mulai Hari Ini – Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah

  Terdapat banyak  tips  orang berjaya yang mudah diperolehi, digunakan sebagai panduan hidup sama ada ia diterbitkan melalui buku atau perk...