Followers

Sunday, 30 June 2024

Cara Buat Puding Triffle Dalam Cup, Layer Macam Ini Baru Cantik!

 PUDING TRIFFLE

Puding triffle merupakan antara menu sesuai dijadikan hidangan pencuci mulut ketika jamuan di rumah. Walaupun ia kelihatan agak sukar tetapi sebenarnya mudah sahaja untuk menghasilkannya.

Menerusi Asmida Nor di laman Facebooknya, dia ada kongsikan resepi puding triffle untuk anda cuba di rumah atau menjualnnya sebagai punca pendapatan.

PUDING TRIFFLE BUAT SENDIRI DI RUMAH, CUBALAH

PUDING TRIFFLE

Bahan-bahan: 

  • 1 roll kek swiss roll pandan
  • 1 tin koktail (asingkan air & buahnya)
  • 1 paket serbuk agar-agar & bahagikan 2 (timbang 5g)
  • 1 tin susu cair
  • 4 sudu besar gula pasir
  • 6 sudu tepung kastard
  • 1 tin air (sukat tin susu cair)
  • Secubit garam
  • Bekas kod P6 (6oz)

Cara-cara penyediaan adunan kastard:

– Satukan air, susu cair, gula, tepung kastard, air lebihan koktail dan garam.

– Masak sehingga adunan jadi pekat meletup-letup dan suamkan.

Cara penyediaan adunan jelly:

– Satukan 3 1/2 cawan air + 1 sudu esen ros @ sirap + 4 sudu gula + 5g serbuk agar-agar.

– Kacau dulu baru buka api. Pastikan kacau sehingga mendidih.

– Biarkan sehingga suam.

Cara penyediaan puding triffle:

1. Potong 1 roll kek swiss pandan. Potong mengikut ketebalan yang diinginkan.

2. Seterusnya, susun di dalam bekas dan tuangkan air koktail ke atas kek. Sekadar untuk basahkan sahaja.

3. Selepas itu, tuang adunan kastard dan letak buah koktail di atas.

4. Setelah itu, tuangkan pula adunan jeli di bahagian atas.

5. Biarkan sejuk sebelum disimpan di dalam peti ais.

Biarkan satu malam untuk lebih nikmat.

Selamat mencuba dan semoga bermanfaat!

Saturday, 29 June 2024

20 Password Paling Lemah & Senang Kena ‘Hacked’. Kalau Guna, Cepat Tukar


“Aduh, lecehlah nak create account ni. Asyik nak kena ingat password je. Alah guna yang senang jelah. Nanti buat canggih-canggih, aku yang lupa.”

Dalam zaman serba-serbi yang online ni, memang banyak akaun yang diperlukan secara maya, contohnya akaun bank, akaun laman sosial, akaun apps shopping, dan banyak lagi.

Semua akaun ini memerlukan kata laluan atau password bagi tujuan keselamatan.

Kadang tu kita ambil mudah saja tentang password ni kan? Yalah, nak buat panjang-panjang pun takut diri sendiri yang lupa.

Tapi, tahukah anda bahawa mereka yang menggunakan kata laluan yang mudah ini sering menjadi sasaran utama para hackers. Malah, menurut laporan, berjuta-juta mangsa ini menggunakan password yang mudah dan digunakan oleh ramai orang.


password paling lemah


CIRI KATA LALUAN YANG TERUK

Terbaru, pihak National Cyber Security Center di UK (NCSC) telah menyenaraikan kata laluan yang paling selalu digodam.

Seperti yang kita boleh agak, kata laluan yang teruk ini amat mudah digodam sebab ianya terlalu senang diteka dan digunakan oleh ramai orang.

Antara ciri kata laluan yang teruk adalah

  • Nombor yang berturutan atau berulang seperti 123456, 56789, atau 111111
  • Nama sendiri
  • Pasukan bola sepak yang disokong
  • Karakter fiksyen seperti Superman, Batman dan sebagainya

20 KATA LALUAN PALING LEMAH YANG PALING BANYAK DIGODAM

Menurut data National Cyber Security Center, sebanyak 23.2 juta kata laluan yang digodam menggunakan kata laluan “123456”. Manakala di tempat kedua adalah kata laluan “123456789”.

Berikut adalah senarai kata laluan yang paling mudah dan banyak digodam dan patut kita elakkan.

1. 123456 (23.2 juta)

2. 123456789 (7.7 juta)

3. qwerty (3.8 juta)

4. password (3.6 juta)

5. 1111111 (3.1 juta)

6. 12345678 (2.9 juta)

7. abc123 (2.8 juta)

8. 1234567 (2.5 juta)

9. password1 (2.4 juta)

10. 12345 (2.3 juta)

11. 1234567890 (2.2 juta)

12. 123123 (2.2 juta)

13. 000000 (1.9 juta)

14. Iloveyou (1.6 juta)

15. 1234 (1.3 juta)

16. 1q2w3e4r5t (1.2 juta)

17. Qwertyuiop (1.2 juta)

18. 123 (1.02 juta)

19. Monkey (980, 209)

20. Dragon (968,625)

Selain daripada kata laluan ini, terdapat juga kata laluan lain yang biasa digunakan seperti nama pasukan bolasepak terkenal, antaranya:

  • liverpool (280,723)
  • chelsea (216,677)
  • arsenal (179,095)
  • manutd (59,440)
  • everton (46,619)

Nama-nama karakter dan penyanyi juga kerap dijadikan kata laluan, contoh yang popular termasuklah:

  • superman (333,139)
  • blink182 (285,706)
  • naruto (242,749)
  • tigger (237,290)
  • pokemon (226,947)
  • batman (203,116)
  • 50cent (191,153)
  • eminem (167,983)
  • metallica (140,841)
  • slipknot (140,833)
cara bayar zakat fitrah online


PENTINGNYA MEMILIH KATA LALUAN YANG BAIK

Pemilihan kata laluan yang baik amat penting untuk kita melindungi data peribadi masing-masing. Mungkin ada yang terburu-buru masa nak set up akaun secara online dan buat apa-apa password dulu sebelum tukar kepala yang lain. Walaupun kita rasa remeh, tapi sekali bila dah terkena memang susah dibuatnya!

Bayangkan kalau kita ambil mudah, bukan hanya duit kita boleh lesap, tapi identiti kita juga mungkin akan digunakan dalam transaksi atau spam yang kita sendiri tak pernah tahu!

Jadi, janganlah malas nak fikirkan kata laluan yang rahsia ya.

 

*Sumber: Technofication, Forbes

Rupanya Pulau Kedua Terbesar Di Malaysia Adalah Pulau Bruit Di Sarawak, Wajib Pergi!

Pulau Bruit terletak di delta rejang iaitu 150Km ke Timur Laut Kuching. Pulau Bruit dipisahkan dari tanah besar delta rejang oleh Batang Paloh dan Batang Lassa.  Pulau Bruit merupakan pulau yg kedua besar di Malaysia timur selepas Pulau Bangi di Sabah.

Banyak sebenarnya tempat menarik di Pulau Bruit dan patut dilawati. Harga pun murah dan berbaloi. Kalau tak ada idea hendak kemana, jom kita tengok perkongsian itinerari Helmi Baharum.

RUPANYA PULAU KEDUA TERBESAR DI MALAYSIA ADALAH PULAU BRUIT DI SARAWAK

Jangankan warga Malaysia, malah penduduk Sibu atau Sarawak sendiri pun tidak ramai yang tahu kewujudan pulau yang satu ini, apa lagi untuk mengetahui keunikannya antaranya adalah:

– Industri utama adalah perikanan dan pengeluaran sarang burung walit.

– Melanau beragama islam adalah majoriti penduduknya.

– Terdiri daripada 13 buah kampung yang kebanyakannya bertumpu di pantai barat.

– 2 laluan feri penumpang utama yang menghubungkan pekan Daro melalui Jeti Muara Lassa dan dengan tanah besar.

Sarawak dari Tg Manis (bandar terdekat) melalui Jeti Batang Paloh yang disubsidi dengan yuran RM1 sahaja per kenderaan. Kedua-dua laluan ini sedang dimajukan dengan pembinaan jalan raya/jambatan.

Pernah mengalami masalah jalan raya berturap yang tidak sempurna terutamanya di Jalan ladang (10KM) dan juga masalah bekalan air mentah.

KOS

Hotel-RM100 Homestay 2 bilik Kampung Betanak dengan fasiliti serba lengkap: rumah kampung yang besar dengan basic amenities seperti dapur,toileteris, dan mesin basuh.

  • Boleh contact Lintah Samudra Swiftlet untuk tempahan. Lintah Samudra Swiftlet
  • Flight-RM121 Airasia pergi-balik KK-Sibu-KK
  • Sewa Kereta -Axia RM68/25 jam (selepas share of 2).
  • Petrol-RM21.50 (selepas share of 2).
  • Perbelanjaan makan/minum-RM16.50.
  • Maxim dan Grab airport-RM5.5 (selepas share of 2 di Sibu)
  • Feri RM4.Iaitu laluan pergi balik tanah besar -Pulau Bruit dan laluan pergi balik Daro-Pulau Bruit.

TEMPAT MENARIK:

Berkenaan dengan tempat-tempat menarik di Pulau Bruit sebetulnya tiada yang spesifik, kita boleh mencari perspektif dan interested points masing2 nak cari apa di pulau ini, antaranya adalah:

1. MUARA & SELAT SUNGAI

Menikmati pelayaran feri melalui Hulu Seredeng, Muara Lassa (20 minit) dan Batang Paloh (10 minit).Serta pemandangan indah di Jeti2 kecil seperti di Kampung Saai.

2. SUASANA 13 PERKAMPUNGAN

Antara kampung yang sempat saya kunjungi adalah Kampung Betanak. Kampung Penibong, kampung Tekajong (paling utara), Kampung Penipah, Kampung Saai, Kampung Semop (paling selatan). Kampung Salah Kecil dan melalui beberapa perkampung lain lagi.

3. PEMANDANGAN SAWAH PADI

Pemandangan di sini lebih menarik apabila tiba masa matahari terbenam memberikan suasana yang lebih mendamaikan.

4. KULINARI MAKANAN

Di sini terkenal dengan makanan laut nya terutama sekali ketam merah kecil dan udang (lupa nama orang sini panggil)

5. PEKAN DARO

Pekan Daro merupakan pulau yang sangat hampir dengan Pulau Bruit dan menjadi sandaran untuk penduduk mendapatkan bekalan bahan yang lebih pelbagai selain dari bandar besar lain (Sibu/ Sarikei) yang lebih jauh.

– Medan Selera Baru Daro

– Tugu Ikan Terubuk Daro

– Daro Wharf

– Masjid Tunku Abdul Rahman Daerah Daro

– Menikmati makanan terkenal di Daro: saya sempat mencuba umai untuk pertama kali dan juga pipus yang mirip dengan otak-otak di Johor.


Friday, 28 June 2024

Tips ‘FROZEN’ BUAH-BUAHAN Dari Pegawai Teknologi Pemakanan, Elok Je Tak Lebam!

tips frozen buah-buahan

Proses membekukan (frozen) makanan bukanlah perkara asing dalam masyarakat kita, kerana ia dapat membantu makanan untuk bertahan dalam satu tempoh yang lama. Ayam, daging, sayur-sayuran dan daun herba antara yang paling kerap dibekukan. Jadi, kali ini penulis ingin berkongsikan pula tips frozen buah-buahan dan kaedah untuk buah tidak bertukar lebam.

Tips frozen buah-buahan ini adalah dari Puan Noor Hafiza Mohamad, yang telah belajar dari rakannya yang juga seorang pegawai teknologi makanan. Jom ikuti tips frozen buah-buahan di bawah.


TIPS FROZEN BUAH-BUAHAN

tips frozen sayur-sayuran


Hasil FROZEN buah, herba masakan dan bawang di peti beku.

Kalau dulu kita biasa simpan beku ikan dan daging. Beberapa tahun lepas kita dapat ilmu bekukan herba masakan pula seperti serai, halia, lengkuas, kantan, kesum, daun bawang, carrot dan banyak lagi.


6 tahun lepas saya dapat tips frozen buah dari kawan seorang pegawai teknologi makanan. Saya tak buat masa itu sebab peti saya kecil.

Sejak balik menetap di kampung, barulah saya apply cara itu sebab dapat banyak sangat buah-buahan dari orang tua, jiran dan saudara mara. Dari ada sebiji peti sejuk side by side, beli pula deep freezer 100 liter.

Saya pun dah mula tanam sendiri, tetap juga petik dan simpan di peti sejuk. Kadang malas juga nak ke belakang rumah petik daun pandan/serai/lengkuas.

Faham-faham lah orang perempuan nak keluar laman rumah pun kena sauk baju cardigan dan tudung. Banyak itu alasan yang anda kena tahu.

Wednesday, 26 June 2024

‘Trick’ Mudah Bersihkan BEG TANGAN Dari Habuk & Kotoran, Hasilnya Bagaikan Baru Dibeli!

rutin penjagaan beg tangan


Bentuknya yang padat dan boleh dipegang dengan satu tangan menjadikan beg tangan laku keras. Tidak hairanlah ramai yang membeli lebih daripada satu, tetapi sudah tentu rutin penjagaan beg tangan adalah jauh lebih penting.

Penggunaan beg tangan yang kerap menjadikan penampilannya mudah kotor dan kusam. Penampilan beg tangan yang kotor juga tidak akan menarik dan ia sebenarnya memberi peluang untuk membeli baru. Jangan risau, ada muslihat untuk membersihkan beg tangan yang berhabuk atau kotor seperti di bawah!

RUTIN PENJAGAAN BEG TANGAN

rutin penjagaan beg tangan


1. Beg tangan jenis kulit

  1. Guna kain kering untuk mengelap habuk dan kotoran dari permukaan kulit beg tangan.
  2. Ambil kain lain, sapukan pembersih kulit berkualiti dan kemudian gosok dalam gerakan membulat.

Selain itu, untuk pembersihan yang cepat dan mudah, anda boleh pertimbangkan kain lap beg tangan yang khusus.


2. Beg tangan jenis kanvas

Jika beg tangan anda mempunyai bahan halus, kulit atau ciri khas lain:

  1. Sebaiknya basahkan tangan dalam mangkuk air suam dengan beberapa titik sabun pinggan.
  2. Gunakan kain putih biasa yang dicelup dalam larutan untuk menghilangkan noda.
  3. Setelah beg tangan kanvas bersih, bilas dalam besen air sejuk sebelum memerahnya dan biarkan ia kering.

Jika beg tangan tidak mempunyai ciri khas:

  1. Boleh mencucinya dengan mesin mengikut arahan penjagaan. Gunakan air suhu biasa pada tetapan kelajuan rendah.
  2.  Beg tangan jenis vinyl

    1. Campurkan satu sudu detergen dalam semangkuk air suam.
    2. Kemudian celupkan span dalam larutan dan kemudian gosok serta bersihkan seluruh permukaan beg tangan.
    3. Selepas selesai, basuh span lalu rendam ke dalam air biasa untuk membilas detergen.
    4. Lap kain kering di atas beg tangan sehingga kering.

    Jika masih melihat noda, letakkan setitik dua detergen pakaian terus ke noda. Kemudian gosok dengan jari sehingga noda pudar.

    Jika terdapat kesan dakwat, semburkan penyembur rambut terus pada noda. Biarkan beberapa minit sebelum gosok dengan kain lembut.

  3. Cara menghilangkan kesan air

    • Gosokkan kain bebas serat pada kesan air, kemudian biarkan ia kering
    • Kotoran dakwat boleh dirawat dengan mengelap bola kapas yang dilembapkan dengan alkohol pada noda
    • Kesan minyak pula, sapukan noda tersebut dengan kain microfiber dan kemudian letakkan tepung jagung padanya semalaman.

    Tempoh disarankan untuk membersihkan beg tangan

    • Seminggu sekali adalah masa terbaik untuk membersihkan beg tangan anda
    • Juga bersihkan pemegang dan bahagian bawah beg tangan yang kebiasaannya merupakan kawasan paling kotor
    • Lakukan pembersihan menyeluruh di dalam dan luar bahagian beg tangan

Monday, 24 June 2024

6 Khasiat ‘Tersembunyi’ Bila Baca Al-Fatihah Dalam Rawatan Penyakit

 kelebihan surah al fatihah

Terletak di halaman pertama Al-Quran, surah Al-Fatihah ini mempunyai pelbagai keistimewaan dan membacanya merupakan salah satu daripada rukun solat. Banyak sebenarnya khasiat dan kelebihan surah Al Fatihah apabila diamalkan dalam kehidupan seharian dan sebagai rawatan penyakit.

Oleh kerana itulah surah ini dinamakan dengan Al-Fatihah dan merupakan surah pembuka bagi Al-Quran. Jom kita amalkan bersama-sama.


KELEBIHAN SURAH AL FATIHAH, CUBA 6 AMALAN INI

kelebihan surah al fatihah

Surah ini turut dinamakan dengan Al-Fatihah kerana surah ini juga menjadi pembukaan bacaan dalam solat dan menjadi rukun dalam solat.

1.Baca sebanyak 14 kali sebelum tidur. Suami/isteri dan anak-anak akan mengingati kita selalu.

2.Baca 41 kali dan tiup dalam air minuman atau air mandian. Dapat melepaskan rasa sakit dalaman.

3.Baca 7 kali dan usap di kepala setiap pagi dan sekali sebelum tidur kepada orang yang ada penyakit mental.

4.Baca 3 kali tiup dalam segelas air minum dan baca sambil mengusap rasa yang sakit keterlaluan.

5.Baca 7 kali dan sapu ke atas kepala bayi yang suka menangis pada malam hari atau bila-bila masa.

6.Baca 3 kali atau 7 kali. Gunakan ibu jari dan tekan di langit-langit (mulut) dan sapu pada tempat yang sakit. Kalau luka, kena sengat lebah atau jari tersepit pintu pun boleh baca.

Disebabkan pelbagai keistimewaan surah al Fatihah ini, ia diberi banyak gelaran dan mempunyai lebih daripada satu nama, antaranya:

-Ummul Kitab : bermaksud ibu / induk al-Quran
-Al-Sab’al-Mathani : bermaksud 7 ayat yang sentiasa diulang-ulang
-Fatihah : bermaksud pembuka al Quran
-As Syifa : bermaksud penawar atau penyembuh
-Ar Ruqyah : bermaksud doa
-Al Hamd : bermaksud puji-pujian

kelebihan surah al fatihah

*Semoga boleh dijadikan amalan ya!

Sunday, 23 June 2024

Letakkan Uncang BERAS Dalam Almari, Esok Pagi Jangan Pelik Ada Bau Harum!

 pewangi almari

Siapa sahaja yang tidak kenal beras? Lebih-lebih lagi, umum tahu nasi yang dihasilkan daripada beras adalah makanan ruji bagi rakyat Malaysia. Tetapi, selain menjadi makanan, beras boleh digunakan sebagai penyegar dan pewangi almari pakaian.

Berikut adalah beberapa manfaat beras dan cara penyediaan pewangi almari pakaian.

PEWANGI ALMARI DIY GUNA BERAS

pewangi almari

MANFAAT BERAS

1. Kelembapan

Kelembapan akan menyebabkan pakaian berbau hapak dan juga boleh menyebabkan almari pakaian berkulat. Dengan bantuan uncang mengandungi beras, kelembapan dalam almari pakaian dapat dikurangkan.

2. Penyegar udara

Beras juga boleh berfungsi sebagai penyegar udara kerana ia dapat menyerap kelembapan di dalam bilik. Tambahkan beberapa titisan minyak pati (essential oil) ke dalam uncang beras dan almari pakaian akan mula berbau harum.


Cara membuat beras pewangi almari

Menarik, bukan? Cara membuatnya juga sangat mudah. Bahan diperlukan hanyalah:

  • Segelas beras
  • Minyak pati
  • Mangkuk
  • Sehelai kain
  • Gelang getah

Selepas menyediakan bahan-bahan di atas:

  1. Campurkan beras dengan minyak pati ke dalam mangkuk.
  2. Ambil sehelai kain seperti baju kurung lama dan tutupkan mangkuk itu.
  3. Gunakan gelang getah untuk mengikatnya.
  4. Letakkan mangkuk itu di dalam almari pakaian.

Bagi memastikan ia segar, jangan lupa untuk menggantikan beras selepas beberapa bulan.

Jika menggunakan beras perang dan bukannya beras putih, anda perlu menggantikannya lebih awal, kerana beras perang menjadi lebih cepat basi berbanding beras putih.

Saturday, 22 June 2024

4 Perkara & Nasihat Daripada Wanita Berjaya Yang Anda Perlu Tahu Untuk Jadi Hebat & Berani!

 Nak jadi wanita yang hebat dan sukses bukan hanya dilihat daripada segi kekayaan atau pangkat kerja yang dimiliki. Hebatnya wanita itu apabila berjaya mendidik anak-anaknya sehingga berjaya, menjadi seorang isteri terbaik kepada suami, atau berjaya menjadi ispirasi buat orang di sekeliling.

Untuk menjadi wanita hebat tentunya melalui proses yang tidak mudah. Banyak cabaran dan perkara yang perlu anda lakukan. Haa.. kalau nak tahu apa? Jom kita tengok satu persatu. 

1. CUBA PERKARA BARU DAN BINA KEYAKINAN DIRI


Keyakinan diri adalah perkara utama yang dituntut jika anda nak berjaya. Keyakinan diri bukan bermaksud anda perlu berlagak dan rasa diri lebih bagus dari orang lain. Keyakinan diri itu muncul bila anda tak membandingkan diri dengan orang lain.

Apa yang anda rasa mampu buat, buat saja. Jangan tunggu dan fikir apa yang orang akan kata kerana semua akan merugikan diri sendiri. Jadi, anda perlulah tanam dalam diri supaya sentiasa berkeyakinan walau apa pun cabaran baru yang perlu ditempuh.

2. JANGAN MUDAH MENGELUH


Apa yang anda perlu terapkan dalam diri adalah untuk tidak mudah mengeluh sehingga anda berjaya mencapai sesuatu. Bekerja keras dan menganggap rutin harian adalah tugas yang perlu anda buat dengan cemerlang dan memerlukan kesabaran.

Orang kata janganlah mensia-siakan setiap waktu yang  ada untuk anda terus produktif. Ini juga akan memberi kemajuan dalam diri anda tau.

3. TIMBA PENGALAMAN


Selain mengembangkan kemampuan diri, anda juga perlu mencari pengalaman sebanyak mungkin. Tak semestinya dengan keluar mencari di luar, anda juga boleh melakukan dengan membaca buku, mendengar pengalaman orang lain yang telah berjaya atau menonton video.

Selain itu, buat sesuatu perkara yang digemari sehingga anda mahir dalam bidang tersebut. Dengan pelbagai pengalaman yang anda dapat, ia dapat membantu diri dan peroleh ilmu yang bermanfaat dan berguna kepada orang lain juga.

4. TERAPKAN SIFAT POSITIF DALAM DIRI


Untuk berjaya anda perlu ada sifat positif dalam diri. Walaupun duduk di dapur, anda seorang wanita yang hebat kerana mampu melakukan pelbagai kerja. Wanita memang banyak emosi, jadi salurkan emosi positif anda untuk memberi impak kepada orang lain juga.

Sentiasa terokai dunia dengan cabaran baru supaya anda berasa lebih kuat untuk menentang setiap perkara negatif.

Ini 10 Kunci Rahsia Untuk Berjaya, Cuba Buat Mulai Hari Ini – Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah

  Terdapat banyak  tips  orang berjaya yang mudah diperolehi, digunakan sebagai panduan hidup sama ada ia diterbitkan melalui buku atau perk...