"MUKA hitam apabila memakai tudung putih atau kuning."
Keadaan ini pastinya sering membantutkan sesetengah wanita apabila memilih warna tudung yang sesuai untuk dipakai.
Jika boleh, berdandan dengan pakaian yang anda pakai supaya kelihatan bergaya dan menarik untuk OOTD ( outfit of the day ).
Bagi yang mengalami situasi ini, boleh sertai perkongsian ini supaya masalah tersebut dapat diselesaikan, yang penting ia tidak kelihatan seperti baru bangun tidur.
1. Buat eksperimen
Buka almari pakaian anda dan keluarkan setiap selendang atau tudung yang anda ada.
Padankan dengan muka anda untuk memastikan warna padan atau tidak. Kalau kena dan muka nampak tua maknanya warna tu padan dengan kulit.
Kaedah ini adalah yang paling mudah dilakukan tetapi mengambil masa.
2. Mengenal pasti ton warna
Setelah mengetahui warna selendang dan tudung yang membuatkan anda kelihatan cantik, barulah 'nilai' tona warna berkenaan sama ada sejuk atau panas.
Tersalah pilih tona akan menyebabkan segala 'cacat' pada wajah anda akan kelihatan!
3. Lihat pergelangan tangan anda
Jika urat tangan anda berwarna biru keunguan, anda mempunyai tona warna yang sejuk, manakala panas jika urat kelihatan kehijauan.
4. Mengetahui musim warna
Warna 'musim' terbahagi kepada ton iaitu sejuk dan panas.
Jika anda berada dalam kategori sejuk, maka musim sejuk dan musim panas sesuai, manakala musim bunga dan musim luruh adalah panas.
5. Dapatkan palet warna
Anda hanya boleh memuat turun palet warna di Google untuk mengetahui warna yang sesuai digunakan.
Selepas mengetahui semua perkara di atas, anda boleh mendapatkan warna tudung yang sesuai, supaya wajah anda tidak kelihatan kusam atau tidak dicuci.
Koleksi juga boleh ditambah, semoga berjaya!
No comments:
Post a Comment