Followers

Wednesday, 10 July 2024

Ini 10 Kunci Rahsia Untuk Berjaya, Cuba Buat Mulai Hari Ini – Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah

 Tips Orang Berjaya

Terdapat banyak tips orang berjaya yang mudah diperolehi, digunakan sebagai panduan hidup sama ada ia diterbitkan melalui buku atau perkongsian hantaran yang dibuat dalam talian.

Sama seperti 10 rahsia orang berjaya yang dikongsikan oleh Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah di laman Facebooknya. Melalui hantaran tersebut, beliau menasihati seseorang itu perlu jalani kehidupan secara produktif untuk perolehi kejayaan seperti 10 tips di bawah. Jom baca dan amalkan!

KEKAL PRODUKTIF SEPANJANG HARI, RAHSIA ORANG BERJAYA!

tips orang berjaya


Anak cucu dan sahabat Tok Abah,

Kekal produktif walaupun saat ini macam-macam yang datang dalam hidupmu. Keadaan buat kamu terkejar-kejar serta tak cukup nafas nak selesaikan semua tugasan.

Ambil langkah di bawah ini dan bertenang urus satu persatu. Selamat maju jaya semua. Kekal produktif dan luar biasa.

TIPS ORANG BERJAYA LAKUKAN 10 RAHSIA INI!

tips orang berjaya


Kekal produktif sepanjang hari, ini 10 rahsia orang berjaya:

1. TIGA TUGAS PENTING SETIAP HARI

Apa pun yang berlaku, pastikan siap 3 tugas yang paling utama.

2. CARI MASA PALING PRODUKTIF

Renung balik apa yang kamu buat seharian. Pilih waktu di mana tiada gangguan dan kamu boleh fokus 100%. Biasanya jam 4-6 pagi.

3. KATAKAN TIDAK

Berani untuk menolak perkara yang mungkin menganggu gugat dirimu.

4. PERATURAN 2 MINIT

Jika kerja tu ambil masa 2 minit sahaja, selesaikan cepat.

5. TIME BLOCK

Kalau perkara itu tiada dalam kalendar kamu, ia takkan berlaku.

tips orang berjaya


6. AMBIL MASA REHAT

Kadangkala benda yang paling produktif untuk kamu adalah duduk diam dan berehat. Ambil masa bertenang, regangkan otot dan lihat alam sekitar.

7. KURANGKAN GANGGUAN

Tutup handphone atau tukar ke mode senyap. Fokus dan duduk di tempat yang senyap seperti di perpustakaan.

8. PECAHKAN IA

Tukarkan tugas besar kepada kecil supaya ia boleh dikawal dan diuruskan.

9. BERI KEUTAMAAN

Mulakan kerja yang paling utama terlebih dahulu.

10. TIDUR

Kamu tidak akan bekerja dengan baik sekiranya tidak tidur dengan baik. Kaji kualiti tidur kamu ya. Sama ada kamu dapat deep sleep atau tidak.

Monday, 1 July 2024

Resepi Churros Bulat-Bulat Comel, Cicah Sos Coklat Pekat Homemade!

 RESEPI CHURROS

Biasanya, churros akan dijual bentuk jejari panjang namun tidak salah jika ingin sedikit kelainan seperti dilakukan oleh pengguna Facebook bernama Shima Bakar. Jelasnya, resepi churros kali ini adalah bebola comel dan ia lebih rangup berbanding biasa.

Lebih nikmat lagi jika dimakan bersama sos coklat yang pekat dan likat. Anda boleh cuba membuat sendiri di rumah seperti perkongsian di bawah ini.

RESEPI CHURROS BULAT-BULAT COMEL, SEDAPNYA

RESEPI CHURROS

Bahan-bahan:

  • 200g tepung gandum
  • 400g air
  • 35g butter Anchor
  • 2 biji telur
  • 1 1/2 sudu besar gula
  • 3/4 sudu kecil garam

Cara penyediaan:

1. Dalam kuali, satukan air, butter, garam dan gula. Masak hingga mendidih.

2. Kecilkan api, masukkan tepung dan gaul hingga menjadi doh yang sebati.

3. Alihkan doh ke dalam bekas , masukkan 2 biji telur dan kacau hingga sebati.

4. Dah sebati, masukkan dalam piping bag. Guna Nozzle 9 F untuk hasilkan bentuk bebola.

5. Jika nak guna nozzle lain pun boleh. Jika nozzle kecil, churros akan jadi memanjang tapi rangup.

6. Jika nozzle besar, churros akan jadi montok, rangup diluar, lembut berongga di dalam.

7. Guna api sederhana, biarkan sehingga  minyak panas. Kemudian, paipkan adunan sepanjang 1 inci dan potong dengan gunting.

8. Buat sampai penuh kuali. Pastikan minyak tidak terlalu panas ketika mula paip supaya churros tidak terlalu masak di bahagian luar. Churros juga akan “pecah” jika suhu awal terlalu panas.

9. Goreng hingga kuning keemasan. Toskan dan angkat.

Bahan sos coklat likat:

  • 300g susu cair
  • 3 sudu besar gula
  • 2 sudu besar serbuk koko
  • 2 sudu kecil tepung jagung
  • 80g milk choc Beryls (dark pun boleh)

Cara penyediaan sos coklat:

– Satukan susu cair, serbuk koko, tepung jagung & gula (kecuali coklat)

– Nyalakan api. Guna api sederhana. Kacau hingga sebati, pekat & meletup.

– Masukkan coklat, kacau hingga coklat cair dan sebati. Padam api. Sejukkan.

Churros bulat comel sedia untuk dihidangkan bersama coklat likat dan pekat.

Selamat mencuba!


Ini 10 Kunci Rahsia Untuk Berjaya, Cuba Buat Mulai Hari Ini – Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah

  Terdapat banyak  tips  orang berjaya yang mudah diperolehi, digunakan sebagai panduan hidup sama ada ia diterbitkan melalui buku atau perk...